Pendidikan Jiwa Melalui Analogi dalam Tafsir Al-Quran Karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Spiritual Education Through Analogy in The Interpretation of Al-Quran by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Authors

  • Nurzatil Ismah Azizan Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v7i2.177

Keywords:

Pendidikan Jiwa, analogi, tafsir al-Quran, Nik Abdul Aziz Nik Mat

Abstract

Abstrak

Pendidikan jiwa merupakan salah satu proses dalam membentuk jati diri muslim. Dengan pendidikan jiwa manusia dapat hidup dalam kepatuhan kepada Allah SWT, membezakan perkara yang baik dan buruk serta menjalani kehidupan yang aman dan harmoni. Jiwa yang bersih akan mencapai ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Proses mendidik jiwa adalah melalui ilmu yang sahih serta  diamalkan, terdapat pelbagai usaha untuk mendidik jiwa termasuk menyampaikan kuliah ilmu seperti tafsir al-Quran. Kajian ini bertujuan menganalisis pendidikan jiwa berbentuk analogi dalam Tafsir al-Quran oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kajian ini dijalankan dengan jenis kajian kualitatif melalui rekabentuk kajian pensejarahan. Pemilihan sampel kajian adalah secara bertujuan iaitu Tafsir al-Quran oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Instrumen kajian ialah dokumen iaitu kitab tafsir al-Quran bagi surah al-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas.  Pengumpulan data kajian diperolehi daripada sumber manuskrip primer dan sekunder. Seterusnya data diproses dengan kaedah deduktif dan deskriptif bagi menerangkan pendidikan jiwa melalui analogi yang terdapat dalam Tafsir al-Quran tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa analogi yang digunakan oleh Tuan  Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memberi faham tentang ayat-ayat al-Quran dalam mendidik jiwa manusia, antaranya bulu berterbangan, guru yang garang, kontraktor yang membina rumah, batu bata, tiang rumah, polis, peraturan jalan raya dan juga duit. Analogi tersebut bertujuan memudahkan kefahaman masyarakat Islam bukan menyamai Allah SWT dengan makluk-makhluk yang lain. Analogi tersebut perlu difahami dengan baik agar maksud yang dibawa oleh beliau difahami dengan tepat.

 

Abstract

Spiritual education is one of the processes in forming a Muslim identity. With education, the human soul can live in obedience to Allah SWT, distinguish between good and bad things and live a peaceful and harmonious life. A clean soul will achieve peace and happiness in this world and the hereafter. The process of educating the soul is through authentic and practiced knowledge, there are various efforts to educate the soul including delivering knowledge lectures such as the interpretation of the Quran. This study aims to analyze soul education in the form of analogy in Tafsir al-Quran by Master Nik Abdul Aziz Nik Mat. This study was conducted with a qualitative research type through a historical research design. The selection of the study sample is purposeful, which is Tafsir al-Quran by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. The study instrument is a document which is a book of al-Quran interpretation for surah al-Nas, al-Falaq and al-Ikhlas. The collection of research data is obtained from primary and secondary manuscript sources. Next, the data is processed with deductive and descriptive methods to explain the education of the soul through analogies found in the Tafsir al-Quran. The results of the study found that there are several analogies used by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat in giving an understanding of the verses of the Quran in educating the human soul, among them flying feathers, fierce teachers, contractors who build houses, bricks, house pillars, police, road rules and even money. The analogy aims to facilitate the understanding of the Muslim community, not to equate Allah SWT with other creatures. The analogy needs to be understood well so that the meaning brought by him is understood accurately.

References

Ahmad Najib Abdullah, Nor Hazrul Mohd Salleh. (2021). Keunikan Tafsir Tuan Guru Hj Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Jurnal al-Basirah, 33-46. https://mjir.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/30673

Alfauzan Amin (2017). Pemahaman Konsep Abstrak Ajaran Agama Islam Pada Anak Melalui Pendekatan Sinektik Dan Isyarat Analogi Dalam Alquran. Madania Vol. 21, No. 2, 157-170.

H Muhd Amri et.al (2018). Aqidah Akhlak. Makassar.

Johari Mat, Nurliyana Ahmed dan Ahmad Fathi Yusoff. (t.th). Biografi Ringkas/ A Short Biography Of Tok Guru Dato’ Bentara Setia Dato’ Hj. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

M. Priyatna (2014). Konsep Pendidikan Jiwa melalui al-Quran dan al-hadis. Edukasi Islami Jurnal Pendidikan Islam. 520-532.

Manna’ al-Qattan (t.t). Mabahith Fi Ulum al-Quran. Maktabah Wahbah: Kaherah.

Mohd Manawi Mohd Akib, Che Zarrina Sa’ari, Sharifah Basirah Syed Muhsin. (2021). Psikologi Islam: Penciptaan Al-Nafsdan Kekekalannya Menurut Ibn Sinadan Al-Ghazali. Jurnal al-Basirah, 19-31. https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/30725

Nurhadi, Fahrul Rozi. (2020). Nilai-Nilai Pendidikan Jiwa Dalam Buku Tasawuf Modern Karya Buya Hamka. Jurnal Studi Keislaman dan Ilmu Pendidikan, 178-195.

Nurzatil Ismah binti Azizan & Nazneen Ismail. (2015). Pendekatan Amthal al-Quran dalam membentuk peribadi Muslim dalam Seminar Serantau Peradaban dan Pemikiran Islam II (ReCIT2015).

Nurzatil Ismah binti Azizan & Nazneen Ismail. (2023). Membangun Akhlak Masyarakat Madani Melalui Tafsir al-Quran: Analisis Terhadap Tafsir Surah al-Humazah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Prosiding Persidangan Seminar Wahyu Asas Tamadun 2023 (SWAT 2023).

Satibi, ibdalsyah, Abdul Hayyie Al-Kattani (2018). Konsep Pendidikan Jiwa Dalam Perspektif Al-Qusyairis. Tawazun Jurnal Pendidikan Islam, 22-41. https://ejournal.uika-bogor.ac.id/index.php/TAWAZUN/article/view/1624

Shukeri Mohamad, Mohamad Azrien Mohamed Adnan, Ahmad Najib Abdullah dan Nor Hazrul Mohd Salleh. (2020). Sumbangan Tuan Guru Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada Pembangunan Pentadbiran Islam di Negeri Kelantan: Satu Tinjauan. Al-Basirah, 10(2), 57-76. https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/27908/12581

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (2022). Tafsir al-Quran. Firdaus Press Sdn Bhd : Selangor.

Published

2023-12-25

How to Cite

Azizan, N. I. (2023). Pendidikan Jiwa Melalui Analogi dalam Tafsir Al-Quran Karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Spiritual Education Through Analogy in The Interpretation of Al-Quran by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 7(2), 92–99. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v7i2.177