Pengamalan Nilai-Nilai Murni Dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Politeknik Malaysia

Practice of Good Moral Values Through Islamic and Asian Civilization Course to Develop The Personality of Malaysian Polytechnic Students

Authors

  • Mohd Azrul Jaafar Politeknik Ungku Omar
  • Azrina Tahir Politeknik Ungku Omar

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i1.109

Keywords:

Pengamalan, Nilai-Niilai Murni, TITAS, Sahsiah, Pelajar

Abstract

The Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) course which is offered in all institutes of higher learning (IHL) has the elements of internalizing moral values. Nevertheless, the collapse of morality have become synonym with these IHL students for the reason of pursuing happiness, luxurious life, power and popularity. Therefore, the main objectives of this study was to understand the level of understanding and practice of moral values among students based on this TITAS course as well as its relationship with motivating factors to practice moral values. This study research used the approach of quantitative method. A set of questionnaires was used as research instrument and distributed to 100 students in four polytechnics in Malaysia. The data collected was analyze through descriptive and inferential statistical approach using software (SPSS) version 21.0. The study found that the level of understanding moral values among students was at a very high level, with mean=4.59, sd=0.347. Similarly, the practice of students with a mean score=4.47, sd=0.449 was also very high. This study gives implications to the Ministry of Higher Education in Polytechnic Education Department to evaluate the contribution of TITAS course on personality development of students as well as making improvements to the existing curriculum to empower the course. Similarly, educators are expected to emphasize the internalization of moral values in the classroom. Activities that reflect the values need to be practiced and considered part of students‟ evaluation of performance. So with students‟ understanding in the classroom can also be enhanced and practiced outside the classroom in various ways that are appropriate with the learning style of the IHL students.

Abstrak

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang ditawarkan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia mempunyai elemen penerapan nilai-nilai murni. Namun begitu, masalah keruntuhan akhlak seringkali berlaku dalam kalangan pelajar IPT berpunca daripada pengabaian nilai-nilai murni dalam diri kerana mengejar keseronokan, kemewahan, pangkat dan populariti. Justeru itu objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman dan pengamalan nilai- nilai murni dalam kalangan pelajar berdasarkan kursus TITAS ke arah pembentukan sahsiah pelajar politeknik Ungku Omar. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian diedarkan ke atas 100 orang pelajar di empat buah politeknik Malaysia. Data-data dianalisis melalui pendekatan statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar berada pada tahap sangat tinggi iaitu min=4.59, sp=0.347. Begitu juga tahap pengamalan pelajar dengan skor min=4.47, sp=0.449 berada pada tahap sangat tinggi. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi di Jabatan Pendidikan Politeknik untuk menilai sumbangan kursus TITAS terhadap pembentukan personaliti pelajar di samping melakukan penambahbaikan ke atas kurikulum TITAS yang sedia ada untuk lebih mantap lagi. Begitu juga kepada para pendidik agar dapat memberi penekanan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti yang menggambarkan nilai-nilai murni perlu dipraktikkan dan diambil kira sebahagian daripada penilaian pemarkahan. Maka dengan ini pemahaman yang dipelajari dalam kelas dapat ditingkatkan dan dipraktikkan di luar bilik kelas dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan corak pembelajaran pelajar IPT.

References

Abdul Rahman Md Aroff. (1993). Pengetahuan moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Firdaus Mohd Noor. (2017). Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam Di Politeknik Satu Kajian Kes. Tesis PhD. UTM Skudai.

Ahmad Umar Hashim. (1997). Islam wa Binaa Syakhsiyyah. Beirut: World of Books. Berita Harian. 2014. 29 Mac.

Cohen, L. Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research Methods in Education. New York: Routledge Falmer & Francis Group.

Faridah Che Husain & Fakhrul adabi Abdul Kadir. (2012). Sumbangan pengajian kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) terhadap pembentukan hati budi mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun 7(1): 15-35.

Jainabee Kassim & Jamil Ahmad. 2009. Kualiti kepimpinan Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Selatan, Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-16 Auditorium Dato‘ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, 21-24 Julai.

Malek Benabi. (1998). On the Origins of Human Society.Terj. Mohamed Tahir El-Mesawi.Kuala Lumpur: The Open Press.

M. Ali Hasan. (1997). Tuntunan Akhlak. Selangor: Thinker‘s Library Sdn. Bhd.

Nor Hayati Fatmi. (2015). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Tesis PhD. UKM Bangi.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Seri Kartini Juraimi. (2012). Pengamalan Ajaran Islam Dalam Kalangan Pelajar Melalui Kursus Pendidikan Islam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Sharifah Raudzah Syed Junid. (2007). Faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar Dan Hubungan Dengan Personaliti Pelajar. Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sidek Baba. 2006. Pendidikan Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd.

Wan Asrul Asmi Wan Ishak. (2008). Penghayatan Nilai-Nilai Murni Sebagai Satu Pendekatan Dalam Mengatasi Masalah Sosial Pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yahya Buntat & Rozita Sanapi. (2003). Tahap penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel. Jurnal Teknologi, 39 (E) Disember : 63-76.

Zulkifli Hasanuddin. (2004). Sahsiah Pelajar Kelas Aliran Agama dan Bukan Aliran Agama di Sek. Men. Seremban, Negeri sembilan. Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya.

Published

2017-06-30

How to Cite

Jaafar, M. A., & Tahir, A. (2017). Pengamalan Nilai-Nilai Murni Dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Politeknik Malaysia: Practice of Good Moral Values Through Islamic and Asian Civilization Course to Develop The Personality of Malaysian Polytechnic Students. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 1(1), 29–35. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i1.109